HUJAH PERDEBATAN: PENYEDUT HAMPAGAS DAN TATABAHASA SAMPAH
![]() |
Penyedut hampagas dengan kertas bercetak arahan 'Don't Use Climbing' yang dibincangkan di dalam esei. |
Melihat pada foto di atas, saya tahu apa yang anda fikirkan, seolah semacam ada yang tidak kena. Penyedut hampagas ini dikhaskan untuk kegunaan membersihkan Dewan Rekreasi Panjat Tebing dan bukannya untuk kegunaan di lain-lain tempat dalam bangunan.
Walau bagaimana pun, papan tanda tersebut tertulis ‘Don’t Use Climbing’ yang ternyata tidak menyampaikan mesej yang sepatutnya. Papan tanda tersebut seharusnya berbunyi lebih kepada ‘Climbing Hall Use Only’ atau ‘Do Not Use, Except For Climbing Hall’ ataupun mungkin ‘Do Not Use’ sahaja sudah memadai.
Akan tetapi apa yang saya ingin gariskan di sini ialah ‘Adakah begitu penting sehingga hendak memperbetulkan apa yang tercetak pada kertas tersebut?’ Jawapan saya untuk soalan ini ialah ‘Tidak. Tidak begitu penting sangat’.
- Tidak begitu penting sangat sebab kerja pembersihan berjalan sempurna setiap hari.
- Tidak begitu penting sangat sebab tiada sesiapa yang ambil kisah atau terasa hati dengan papan tanda tersebut.
- Tidak begitu penting sangat sebab mereka yang bekerja di sini dan pekerja yang menggunakan mesin tersebut faham sepenuhnya mesej yang disampaikan tanpa sedikit pun rasa was-was.
- Tidak begitu penting sangat sebab ianya tidak bercanggah dengan mana-mana Perundangan Kesihatan dan Keselamatan United Kingdom– Undang-undang di tempat kerja.
Ingin saya
peringatkan bahawa ini berlaku di dalam negara yang penduduknya berbahasa
Inggeris sepenuhnya dan di dalam bangunan pejabat yang mana 98% dari para
pekerja adalah dari kalangan penduduk asal dan bertutur dalam Bahasa Inggeris
tetapi tiada seorang pun yang datang tampil dan berkata sesuatu seperti ‘Mesej ini salah, tidak masuk dek akal bunyinya’ atau sesuatu seperti ‘ Kertas notis ini
tidak memberi apa-apa maksud, sepatutnya diturunkan sahaja’ atau pun ‘Tolong tukar dengan kertas notis yang lain’.
Jadi bilamana seseorang cuba memperbetulkan penggunaan tatabahasa atau kesesuaian penggunaan
perkataan di dinding pos Facebook saya dengan menaip di dalam ruangan komen,
membuatkan saya terfikir mengapa ianya perlu dilakukan kerana saya tidak akan
lakukan perkara yang sama kepada rakan-rakan Facebook saya. ‘Kenapa saya tidak
akan lakukan perkara yang sama?’
Berbalik kepada hujah asal saya berkenaan Penyedut Hampagas, tiada sesiapa yang ambil peduli kerana mesej yang sebenar tetap difahami oleh sesiapa yang membaca mesej itu dan tiada sesiapa yang terasa hati atau rasa terganggu dengan mesej tersebut.
Berbalik kepada hujah asal saya berkenaan Penyedut Hampagas, tiada sesiapa yang ambil peduli kerana mesej yang sebenar tetap difahami oleh sesiapa yang membaca mesej itu dan tiada sesiapa yang terasa hati atau rasa terganggu dengan mesej tersebut.
Semua
rakan-rakan yang mengenali saya tahu bahawa saya tidak akan sesekali
memperbetulkan penyebutan atau penggunaan tatabahasa mereka setiap kali
menggunakan perkataan Bahasa Inggeris dalam perbualan kerana ianya tidaklah
berapa penting sangat. Kenapa tidak penting? Kerana mesej sebenar berjaya
disampaikan di dalam setiap perkataan mahupun ayat penuh yang diselitkan dan
semua rakan-rakan saya atas talian mahupun luar talian, datang dari pelbagai latar
belakang, pendidikan, kepercayaan dan gaya hidup. Ini menambahkan lagi rencah
pengalaman dan menjadikan persahabatan itu lebih dihargai dan bukannya untuk
diperbetulkan.
Jadi lain
kali apabila anda ingin menegur kesalahan atau pun kesesuaian penggunaan
tatabahasa seseorang di dalam facebook mahupun di alam realiti, nasihat saya
agar fikir semula ‘Adakah ianya berbaloi?’ dan ‘Adakah ianya penting sehingga perlu ditegur?'. Silalah cermin diri dahulu sebelum tegur. Tidak perlulah komen dalam ruangan
terbuka sehingga membuka aib orang lain.
Comments
Post a Comment