Diari Solo Ramadhan: Edisi Medan Selera Selepas Iftar

The Good: Juadah yang dibawa dari luar untuk berbuka bersama makanan yang dibeli di medan selera diikat kemas di dalam plastik, disusun rapi di atas meja memudahkan pekerja pembersihan mengutip sampah yang diasing mengikut kategori. Seiring pemikiran rakyat First World Country. Kudos diucapkan bagi golongan ini.
The Bad: Sudahlah beli Otak-otak di Bazaar Ramadhan dan bawak masuk ke Medan Selera yang sememangnya tidak membenarkan makanan dan minuman dari luar, dibiarkan bersepah dan berselerak kulit daunnya tanpa ada rasa bersalah. Mungkin di rumah mereka ada domestic helper yang membersihkan serba serbi. Tidak mengapalah. Tepuk dada tanyalah Iman yang senipis kulit Spanish Onion yang mudah didapatkan di pasaraya.
The Ugly: Bukan sahaja makanan bersepah, pinggan pun bersepah sampai sisa nasi jatuh berjurai atas lantai. Adakah ini Manusia yang berbuka atau Kucing. Kucing ialah binatang tidak berakal dan tidak jatuh hukum bagi spesis tersebut untuk berpuasa. Jadi, apatah lagi kita manusia yang dikurniakan akal fikiran dan diwajibkan berpuasa.
Moral: Yang Jernih diambil, Yang Keruh dibuang. Jadilah seorang yang bijak dan jangan ambil yang Keruh.

Sekian, selamat malam.

Ikhlas,
Yang gembira dan setia berbuka di tepi longkang.

Comments

Popular Posts