Diari Solo Ramadhan: Edisi Troli Tesco Bersepah

Tabiat meninggalkan troli di koridor pejalan kaki menghalang laluan pengunjung ke pasaraya tidak ubah seperti pepatah Melayu lama yang berbunyi 'Melepaskan batok di tangga'.
Harus difikirkan dan diamati semula, bukan semua pengunjung pasar raya mengunci pintu kereta dan keluar, terus berjalan dengan sepasang kaki yang sempurna. Ada ramai di kalangan pengunjung yang;
1. Berkerusi roda
2. Bertongkat satu
3. Bertongkat dua
4. Bertongkat empat
5. Cacat Penglihatan
6. Dipimpin oleh seseorang
Mungkin anda atau ada ahli keluarga anda yang tergolong di dalam kategori di atas dan pernah mengalami situasi ini ketika mengunjungi Tesco, Giant, AEON atau pasaraya lain di bumi bertuah ini.
Amalkan konsep 'Adopt A Trolley'. Sila capai satu troli yg ditinggal berserakan di kawasan parkir dan hantar ke tempat troli yg disediakan meskipun anda tidak memerlukan troli dan hanya mahu menuju ke KFC atau tandas di dalam pasaraya tersebut.

No photo description available.No photo description available.
Tiada masa ekstra yang diambil daripada anda kerana amalan ini adalah berkonsepkan 'On The Go'

Amalan ini dpt mengurangkan beban kerja pekerja pasar raya sedia ada dan keperluan majikan terhadap pekerja warga asing sudah tidak diperlukan bagi tugasan ini dan peratusan mereka akan dihantar pulang ke negara asal mereka menjelang hari lebaran ini mungkin lebih tinggi daripada biasa.

Sikap ini juga dapat menguatkan otot tricep lengan dan otot peha anda. Saya sudah mencubanya.
Terima kasih dan selamat malam. 

Ikhlas,
Pengutip Troli Tesco Putra Nilai Separuh Masa Tidak Berbayar.

Comments

Popular Posts