HARI TERBUKA TEMUDUGA KRU KABIN QATAR AIRWAYS
Diari Solo: Berani Coba, Berani Gagal dan Jangan Berhenti Mencoba. Edisi Hari Terbuka Temuduga Kru Kabin Qatar Airways Tarikh: Ahad, 0830 hrs, 20 Oktober 2019 Lokasi: Renaissance Kuala Lumpur Qatar Airways (QR) dipilih sebagai; 2018's 2nd World's Best Airlines. 2019's World's No. 1 Airlines. 1 minggu sebelum: Terima e-mel dari QR mengenai Hari Terbuka di Renaissance Kuala Lumpur seminggu dari tarikh setelah permohonan atas talian. Hari Terbuka? Hmmm.... apa yang terbukanya?Rupa-rupanya Hari Terbuka terbahagi kepada tiga hari. Hari pertama hanya untuk CV Drop dan Temuduga Ringkas tiga soalan santai sambil berdiri di hadapan penemuduga. Sekiranya lulus dikehendaki datang semula pada Hari Kedua untuk Ujian Dinamik Berkumpulan. Manakala Hari Ketiga adalah Final Interview dengan pihak pengurusan. Hmmm.... macam sempoi. 0800 pagi: Tiba di LRT Dang Wangi ditemani isteri dan berjalan kaki lebih kurang 300 meter ke hotel. Jalan raya sekitar ibukota dit